Coretan ini mungkin sedikit lari dari seorang Siti Nurhaliza, ianya tentang dua individu yang berbeza namun kerjaya dan kehidupan mereka seiring. Lebih dua dasarwa mengiringi karier penyanyi berkaliber dan buah Malaysia, Dato' Sri Siti Nurhaliza- melepas kerjaya demi menguruskan perjalanan seorang biduanita muda Negara dengan penuh cekal, tabah dan tekad. Siapa tidak kenal dengan Puan Rozi Abdul Razak? Secara peribadi, saya tidak mengenali beliau apalagi bersua dengan sang empunya badan. Namun menjadi seorang peminat tegar Siti Nurhaliza (Sitizoners), dari jauh sedikit sebanyak saya dapat menterjemah kesantunan ibu kepada tiga cahaya mata ini. Menguruskan karier seorang Siti Nurhaliza selama lebih 20 tahun bukannya sesuatu yang mudah, apa lagi bila perlu berhadapan dengan para peminat artis kesayangan ramai ini yang pelbagai kerenah. Wanita berasal dari Kampung Jerkoh, Kuala Lipis Pahang ini dilahirkan pada 11 Mei 1974. Puan Rozi (atau mesra disapa Kak Zie) merupakan bekas wartawan yang melepaskan kariernya dan menjadi pengurus Siti Nurhaliza apabila syarikat produksi Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 1998. Bekas kakak ipar kepada Siti ini sendiri sudah dianggap seperti darah daging oleh Siti sendiri dan pernah digelar "insan yang saya sayang" sewaktu Tokti menyampaikan ucapan hari lahir buat Kak Zie. Juga menjadi tonggak dan "ibu" kepada Kelab Peminat Rasmi Siti Nurhaliza, "Sitizone" boleh dikatakan Kak Zie perlu secekal dan setabah Siti Nurhaliza. Prinsipnya yang sentiasa menjaga kata-kata dan meminta maaf kerana sedar manusia tidak pernah lari dari berbuat silap juga menjadi penyumbang kepada kejayaan Siti Nurhaliza. Tulisan ini adalah apa yang seikhlasnya saya rasakan berkenaan individu ini. Jujur saja saya turut mengikuti beliau di laman sosialnya seperti Facebook dan Instagram, dan yang paling menarik perhatian saya adalah apabila beliau sering berkongsi video masakan. Disebalik nama besar Dato' Sri Siti Nurhaliza, inilah dia antara individu yang telah memastikan Siti Nurhaliza kekal relevan hingga ke hari ini. Puan Rozi Abdul Razak, juga pemilik rangkaian perniaagaan melalui Radar Rezeki Resources turut pernah menulis beberapa lirik lagu untuk Tokti antaranya Destinasi Cinta, Jaga Dia Untukku dan Menatap Dalam Mimpi adalah contoh terbaik pejuang (yang tidak semestinya perlu didendangkan). Beliau sentiasa merendah diri dan kadang-kadang berjuang tanpa lelah walau dalam diam demi meneruskan kelansungan karier Tokti. Semoga Kak Zie terus menjadi tulang belakang buat Siti Nurhaliza dan berjaya sebagai insan di dunia dan akhirat. Aamiin. Kak Zie juga merupakan seorang perniaga berjaya dan popular dengan produk Sambal Hitam Pahang warisannya. Untuk maklumat lanjut boleh layari RoziSangDewi.com. Sokonglah produk tempatan dari anak tempatan.
0 Comments
Leave a Reply. |
Disclaimer & CreditsKebanyakkan artikel yang dipos di ruangan Siti Situ Sana Sini adalah tulisan dan pandangan peribadi penulis. Sekiranya artikel ditulis oleh penulis lain, nama penulis serta link akan dikreditkan di dalam setiap artikel. Seboleh mungkin penulis (admin laman ini) menolak artikel untuk menyentuh isu-isu yang sensitif serta gosip tidak berasas. Kebanyakan penulisan mengambil inspirasi, iktibar serta teladan yang diambil dari sejarah kehidupan seorang insan yang bernama Siti Nurhaliza. Sekiranya terdapat sebarang isu sensitif yang mungkin menimbulkan ketidaksenangan atau ketidakkeamanan kepada mana-mana pihak, sila komen diruangan komen setiap pos/ artikel yang disediakan, dan sekiranya sesuai atau artikel tersebut mampu menjatuhkan mana-mana maruah individu atau mana-mana pihak, in shaa Allah pihak admin akan melupuskan pos tersebut. Terima kasih. ArchivesCategories |