INFO:
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Suami dan anakanda tersayang, Dato' Sri Khalid & Siti Aafiyah. Kedua-dua keluarga yang dikasihi. Pengurusan dan kakitangan Universal Music Malaysia, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. Penerbit, pencipta lagu, penulis lirik, pemuzik. Rakan media (tv, radio, akhbar, majalah, portal). Pencinta muzik, peminat & SITIZONERS. Hari ini pada tahun 2020, tepat hari ketiga bulan tujuh. Sebuah kelangsungan itu tumbuh dengan hati berani. Satu keazaman itu cambah dengan terus memberi. Meski kita berhadapan suasana menguji, dunia bersama-sama mendepani, 2020 mencipta sejarah sendiri. Selama ini, cara kita bertemu dan mengenal adalah dengan kata-kata berlagu, menjadi sapaan awal. Selama ini, bahasa yang telah mendekatkan, adalah bicara irama, petikan dan alunan, larut dalam ilham nan berpesan-pesan. Berdiri tidak berlawan. Duduk kekal berkawan. Ilham adalah dunia karya yang dikembangkan. Penciptaan demi penciptaan berlari ke hadapan, menerokai nada-nada yang terus diperdengarkan. Hari ini, dizahirkan manifestasi diri, paling berseni. Dicorak tetap asli, dirombak kekal begini. Terimalah, ManifestaSITI2020. Idea yang diwujudkan. Pemikiran yang diperlihatkan. Perasaan yang dijelaskan. Pendirian yang dinyatakan. Keingingan yang dizahirkan. Terima kasih kerana mengiringi perjalanan seni saya selama ini. Alhamdulillah. MEDIAGALLERYVIDEOS
0 Comments
Leave a Reply. |
Categories
All
By Date
September 2023
|