Coretan ini mungkin sedikit lari dari seorang Siti Nurhaliza, ianya tentang dua individu yang berbeza namun kerjaya dan kehidupan mereka seiring. Lebih dua dasarwa mengiringi karier penyanyi berkaliber dan buah Malaysia, Dato' Sri Siti Nurhaliza- melepas kerjaya demi menguruskan perjalanan seorang biduanita muda Negara dengan penuh cekal, tabah dan tekad. Siapa tidak kenal dengan Puan Rozi Abdul Razak? Secara peribadi, saya tidak mengenali beliau apalagi bersua dengan sang empunya badan. Namun menjadi seorang peminat tegar Siti Nurhaliza (Sitizoners), dari jauh sedikit sebanyak saya dapat menterjemah kesantunan ibu kepada tiga cahaya mata ini. Menguruskan karier seorang Siti Nurhaliza selama lebih 20 tahun bukannya sesuatu yang mudah, apa lagi bila perlu berhadapan dengan para peminat artis kesayangan ramai ini yang pelbagai kerenah. Wanita berasal dari Kampung Jerkoh, Kuala Lipis Pahang ini dilahirkan pada 11 Mei 1974. Puan Rozi (atau mesra disapa Kak Zie) merupakan bekas wartawan yang melepaskan kariernya dan menjadi pengurus Siti Nurhaliza apabila syarikat produksi Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 1998. Bekas kakak ipar kepada Siti ini sendiri sudah dianggap seperti darah daging oleh Siti sendiri dan pernah digelar "insan yang saya sayang" sewaktu Tokti menyampaikan ucapan hari lahir buat Kak Zie. Juga menjadi tonggak dan "ibu" kepada Kelab Peminat Rasmi Siti Nurhaliza, "Sitizone" boleh dikatakan Kak Zie perlu secekal dan setabah Siti Nurhaliza. Prinsipnya yang sentiasa menjaga kata-kata dan meminta maaf kerana sedar manusia tidak pernah lari dari berbuat silap juga menjadi penyumbang kepada kejayaan Siti Nurhaliza. Tulisan ini adalah apa yang seikhlasnya saya rasakan berkenaan individu ini. Jujur saja saya turut mengikuti beliau di laman sosialnya seperti Facebook dan Instagram, dan yang paling menarik perhatian saya adalah apabila beliau sering berkongsi video masakan. Disebalik nama besar Dato' Sri Siti Nurhaliza, inilah dia antara individu yang telah memastikan Siti Nurhaliza kekal relevan hingga ke hari ini. Puan Rozi Abdul Razak, juga pemilik rangkaian perniaagaan melalui Radar Rezeki Resources turut pernah menulis beberapa lirik lagu untuk Tokti antaranya Destinasi Cinta, Jaga Dia Untukku dan Menatap Dalam Mimpi adalah contoh terbaik pejuang (yang tidak semestinya perlu didendangkan). Beliau sentiasa merendah diri dan kadang-kadang berjuang tanpa lelah walau dalam diam demi meneruskan kelansungan karier Tokti. Semoga Kak Zie terus menjadi tulang belakang buat Siti Nurhaliza dan berjaya sebagai insan di dunia dan akhirat. Aamiin. Kak Zie juga merupakan seorang perniaga berjaya dan popular dengan produk Sambal Hitam Pahang warisannya. Untuk maklumat lanjut boleh layari RoziSangDewi.com. Sokonglah produk tempatan dari anak tempatan.
0 Comments
Masih ingat dengan imej di atas? Tokti menjadi cover girl majalah URTV terbitan Utusan Karya pada Mei 1997 dengan judul Siti Nurhaliza diharamkan bergambar dengan artis lelaki. Imej ikonik ini di "capture" semula dalam wallpaper retro.. Untuk muatturun sila klik button di bawah. Lebih banyak artwork akan disediakan di sini di masa akan datang. In shaa Allah.
Selain daripada artikel berkenaan Tokti, saya juga akan berkongsi artwork di sini. Dan untuk yang pertama untuk ruangan Siti Situ Sana Sini.... Terimalah
Dalam pertemuan ini
Kita terperangkap sudah Dalam jerat percintaan Yang tidak disangkakan (1) Aku telah jadi lupa Siapa diriku ini Engkau juga dihanyutkan Oleh arus percintaanmu (2) Tapi pabila aku sedar diri Siapakah aku ini Aku bertanya sendiri Apakah akan terjadi C/O: Oh apakah kita kan teruskan Di dalam arus percintaan Perlukah kita... untuk berkorban Demi pertahankan, kebahagiaan (3) Dalam persimpangan ini Ku masih terus menanti Dalam rasa keharuan Di manakah akhirnya Ulang (1), (2), C/O dan (3) Senilagu: Adnan Abu Hassan (OP: Happy Records Sdn. Bhd./ SP: Suwah Music Publishing) Senikata: Othman Hj Zainuddin & Hani MJ (Suwah Music Publishing) Bait-bait lirik puitis di atas pastinya sangat sinonim dengan penggemar Dato' Sri Siti Nurhaliza. Jerat Percintaan, lagu yang telah menjulang nama Siti dan memahat kukuh keberadaannya di dalam arena seni suara tanahair. Tidak keterlaluan jika dikatakan Siti telah menjadi biduanita muda Negara lewat kehadirannya di dalam lapangan seni Malaysia. Landskap seni negara berubah 100% dengan kehadiran gadis manis berasal Kuala Lipis, Pahang. Jom kita ikuti serba sedikit berkenaan Jerat Percintaan. Selepas memenangi Bintang HMI 1995, Siti akhirnya menerima lamaran Suria Records (SRC) dan akhirnya merakamkan album sulungnya bersama mentornya Adnan Abu Hassan yang juga bertindak sebagai pengarah muzik di SRC. Melalui debutnya, Siti melancarkan lagu Jawapan Di Persimpangan dan namanya mula mendapat perhatian ketika menyanyikan duet Mawarku bersama 2 By 2. Namun namanya meledak selepas menjuarai Anugerah Juara Lagu yang ke-11 melalui Jerat Percintaan. Siti bersama komposer dan penulis lirik lagu ini turut menerima Juara Kategori Balada dan Siti sendiri memenangi Persembahan Terbaik menerusi lagu ini. Ternyata Jerat Percintaan mempunyai "sesuatu" di dalam penghasilannya memandangkan bukan sahaja mengikut aliran muzik semasa ketika itu dan diterima dengan begitu baik, tetapi karya indah Jerat Percintaan turut diakui dari segi kekuatan dan kualiti melodi serta rakamannya. Buktinya Jerat Percintaan menjadi satu-satunya lagu di Malaysia yang memenangi ANUGERAH LAGU TERBAIK untuk kedua Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Industri Muzik. Kalau anugerah di luar negara, disebut sebagai "Song of the Year" atau "Records of the Year" gitu... Huhu. Senarionya sesuatu lagu yang menang di AJL belum tentu akan menang lagu terbaik di AIM, begitulah sebaliknya dan semuanya memang begitu seperti yang tercatat dalam sejarah penganjuran kedua majlis anugerah itu. Sehinggalah Jerat Percintaan menang pada AJL pada Disember 1996 dan seterusnya di AIM 1997 yang turut mengangkat Siti sebagai Artis Baru Terbaik Wanita ketika itu. SEJARAH AKAN TERUS MENJADI SEJARAH. Assalamualaikum.
"Asyik-asyik Siti..." Itu antara yang seringkali diucapkan di awal penglibatan Dato' Sri Siti Nurhaliza di dalam industri muzik tanah air. Gadis sunti berasal dari Kuala Lipis, Pahang ini disanjung penggemar industri muzik ketika itu selepas namanya meledak naik sesudah menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-11 pada Disember 1996 melalui lagu Jerat Percintaan ciptaan komposer tersohor, Allahyarham Dato' Adnan Abu Hassan. Namanya mula menjadi bualan apabila acapkali namanya disebut kala diumumkan sebagai pemenang sesuatu anugerah yang dipertandingkan. Siti juga manusia biasa... Namun tahukah anda dalam sejuta pujian, insan bernama Siti Nurhaliza tidak pernah menganggap dirinya "kebal" dan "sempurna", malahan mengakui ramai lagi insan hebat diluar sana berbanding dirinya. Antara kekalahan awal Siti adalah ketika tidak berjaya menembusi peringkat audisi untuk Asia Bagus. Beliau juga kalah untuk pusingan mingguan semasa menyertai pertandingan Bintang HMI 1995, namun dek kerana salah seorang juara mingguan menarik diri barulah pihak RTM menghubungi beliau untuk bertanding ke peringkat seterusnya? Berikut juga merupakan antara siri kekalahan yang telah dialami oleh seorang "insan" yang bernama Siti Nurhaliza: Kekalahan Siti: 1. Antara yang terawal menenggelamkan harapan Siti untuk "Persembahan Vokal Terbaik" bagi Anugerah Industri Muzik ialah pada AIM 1998 di mana penyanyi Camelia menewaskan Siti menerusi album Rindu Padanya. Siti yang tercalon menerusi Aku Cinta Padamu pada waktu itu turut pulang dengan tangan kosong apabila album tersebut tewas kepada Ziana Zain menerusi Puncak Kasih untuk Album Pop Terbaik serta Lagu Terbaik (Aku Cinta Padamu) yang dimenangi Innuendo menerusi Selamanya. Beberapa siri kekalahan Siti Nurhaliza juga terjadi pada AIM yang berikutnya menerusi Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album/ Lagu (Wanita) - di mana Siti kalah kepada Jaclyn Victor (Inilah... Jac, - 2007, Counting Days - 2012) (kalah melalui album Transkripsi - 2007, I Cry Out - 2012) dan Dayang Nurfaizah (Seandainya Masih Ada Cinta (Live) - 2013 kalah melalui single Galau). Namun kekalahan-kekalahan ini tidak pernah mampu menafikan keampuhannya berkat usaha untuk terus menjadi lebih baik melalui kemenangan berturut-turut dan hatrik yang hanya mampu dipegang rekodnya oleh Siti iaitu bermula AIM 1999 menerusi album Adiwarna, Pancawarna, Sahmura, Konsert Mega Siti Nurhaliza, Sanggar Mustika, E.M.A.S, Prasasti Seni, Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall London, Hadiah Daripada Hati serta melalui lagu Di Taman Teman, Ku Percaya Ada Cinta, Lebih Indah dan Menatap Dalam Mimpi. Siti juga hanya seperti insan biasa yang lain apabila penyertaannya di dalam gelanggang seni menerima kemenangan dan kekalahan. Selain dari yang tersenarai, Siti juga pernah tewas pada penghibur lain seperti tercalon namun gagal untuk memenangi sebarang trofi untuk Anugerah Lagu Terbaik, kecuali menerusi lagu Jerat Percintaan. 2. Anugerah Juara Lagu Kali terakhir Siti Nurhaliza memenangi Juara Keseluruhan AJL ialah menerusi Balqis ciptaan Allahyarham Dato' Suhaimi Mohd Zain atau yang lebih kita kenali sebagai Pak Ngah iaitu pada AJL tahun 2000. Ya 20 tahun yang lalu (ketika artikel ini ditulis). Sebelum itu Siti memenanginya menerusi Jerat Percintaan (1996) dan Cindai (1998). Ada juga lagu-lagu Siti yang terkandas untuk ke pentas akhir AJL antaranya Joget Berhibur (1997), Badarsila (2004) dan Bisakah (2007) sementara lagu-lagu seperti Wajah Kekasih, Bisikan Asmara, Satu Cinta Dua Jiwa, Nian Di Hati (kalah kepada Kau Kekasihku), Percayalah, Bicara Manis Menghiris Kalbu dan Destinasi Cinta hanya berpuas hati dengan menjadi finalis sahaja. dan satu lagi fakta dari AJL ialah Siti Nurhaliza tidak pernah memenangi anugerah vokal terbaik sejak ia diperkenalkan di AJL pada 2002. Bagaimanapun, siapa boleh lupa dengan kejayaan Siti menempah 3 tempat ke final dengan 3 kategori berbeza menerusi AJL iaitu pada 1998 dengan Cindai, Wajah Kekasih dan Bisikan Asmara, 1999 menerusi Purnama Merindu, Hati Kama dan Satu Cinta Dua Jiwa, 2000 melalui lagu Balqis, Kau Kekasihku dan Nian Di Hati, 2001 pula mempertaruhkan Percayalah, Engkau Bagaikan Permata dan Ya Maulai. Dengan ini sahaja kita tidak mampu menyangkal kejayaan seorang Siti Nurhaliza yang mana menerusi syarikat rakaman yang menaunginya Suria Records (SRC) sentiasa menghidangkan karya-karya yang bukan sahaja enak didengar di cuping telinga, tetapi lagu-lagu yang sentiasa menepati piawaian kualiti serta vokal Siti sendiri yang dari hari ke hari matang dan terdengar kesungguhan dan keikhlasannya dalam melantunkan setiap melodi dan lirik. Itu baru bab AIM dan AJL, banyak lagi "kekalahan" Siti yang sebenarnya tanpa sedar seorang manusia biasa yang selalu diharapkan menjunam jatuh oleh bukan kalangan penggemarnya. Bila seringkali memenangi ada pelbagai komen seperti balik-balik Siti, takde orang lain ke dan bila kalah terus dikatakan inilah zaman kejatuhan Siti Nurhaliza. Ingat dengan gelombang Sephia Sheila On 7 pada 2001, album Tokti ketika itu Safa akhirnya menjadikan debut Safa hanya berada di tangga ke-2 Carta Penjualan Album RIM pada ketika itu, mengakhiri monopoli album no, 1 Siti Nurhaliza sejak Siti Nurhaliza (1997) dikeluarkan. Sebenarnya, banyak lagi jualan album yang ada menyaingi jualan album Tokti antaranya album Raihan dan Ella, namun momentum Tokti kekal berada di kalangan yang terbaik. Masih ingat lagi apabila Malaysia di landa gelombang Tsumawi, tidak boleh tidak populariti Tokti ketika itu berjaya disaingi secara sihat biarpun dari pendatang baru, larut program realiti yang mula melambaki industri seni tanah air. Di Anugerah Era (kini Anugerah Meletop Era), Tokti juga pernah ditewaskan seniornya Ning Baizura menerusi Anugerah Vokal Pilihan dan Mila (juga Juara rancangan realiti popular Akademi Fantasia musim ke-5) melalui Anugerah Lagu Pop Pilihan (lagu Pastikan tewas kepada Persis Mutiara). Apapun, Tokti telah membuktikan dengan usaha yang gigih tanpa henti dan doa serta bantuan orang sekeliling (dikatakan oleh Tokti sendiri menerusi dokumentari berkenaan dirinya History Biography: Siti Nurhaliza melalui saluran antarabangsa History Channel yang diterbitkan pada 2012, berkenaan kejayaannya mengadakan konsert di London serta menggenggam portfolio yang cukup hebat sepanjang beradu di gelanggang seni, bahawa semua orang pun boleh bejaya. Siti nak buktikan, walaupun Siti takde segulung ijazah, dengan azam dan usaha... Semua boleh berjaya, anak penoreh getah ke, atau pelajar yang biasa-biasa.. Kejayaan Siti bukan kejayaan seorang... Dengan itu, dapatlah disimpulkan KEKALAHAN bukanlah PENGAKHIRAN SEGALA-GALANYA.... "Bila ia mahu berhenti, berhentilah dengan keindahan yang abadi" |
Disclaimer & CreditsKebanyakkan artikel yang dipos di ruangan Siti Situ Sana Sini adalah tulisan dan pandangan peribadi penulis. Sekiranya artikel ditulis oleh penulis lain, nama penulis serta link akan dikreditkan di dalam setiap artikel. Seboleh mungkin penulis (admin laman ini) menolak artikel untuk menyentuh isu-isu yang sensitif serta gosip tidak berasas. Kebanyakan penulisan mengambil inspirasi, iktibar serta teladan yang diambil dari sejarah kehidupan seorang insan yang bernama Siti Nurhaliza. Sekiranya terdapat sebarang isu sensitif yang mungkin menimbulkan ketidaksenangan atau ketidakkeamanan kepada mana-mana pihak, sila komen diruangan komen setiap pos/ artikel yang disediakan, dan sekiranya sesuai atau artikel tersebut mampu menjatuhkan mana-mana maruah individu atau mana-mana pihak, in shaa Allah pihak admin akan melupuskan pos tersebut. Terima kasih. ArchivesCategories |