Sitizoners MALAYSIA! Selamat Hari Kebangsaan! Sehati Sejiwa. Semarakkan semangat kemerdekaan anda dengan wallpaper eksklusif ini! Download sekarang! Sila ke laman DOWNLOAD untuk muatturun dalam resolusi yang lebih besar.
0 Comments
KUALA LUMPUR: Datuk Siti Nurhaliza sememangnya sudah cukup sinonim dengan penganjuran Anugerah Planet Muzik atau singkatannya APM. Bukan setakat dicalonkan sejak beberapa tahun lalu, trofi dan kategori yang dipertandingkan turut pernah menjadi miliknya. Tahun ini, APM 2015 nama Siti terus unggul apabila menerima enam pencalonan bagi lima kategori. Rata-rata pencalonan Siti kali ini diambil daripada album terbaharu beliau di dalam album konsert unplugged yang dirakamkan di Istana Budaya. Kategori Lagu Paling Popular, Siti dicalonkan menerusi dua lagu iaitu Jaga Dia Untukku dan Seluruh Cinta duet dengan penyanyi Indonesia, Cakra Khan. Kategori lain ialah Artis Wanita Terbaik, Kolaborasi Terbaik Artis (bersama Cakra Khan), Kolaborasi Terbaik Lagu (lagu Engkau) dan Duo Terbaik (juga bersama Cakra Khan). "Alhamdulillah, Siti bersyukur sangat untuk enam pencalonan ini dan melihat ini pencapaian yang baik bagi kemunculan album terbaharu Konsert Live Unplugged Siti Nurhaliza. kebanyakan lagu yang tercalon semuanya adalah lagu yang dimuatkan dalam album itu.
Anugerah Planet Muzik kembali untuk edisi 2015 dan dijadualkan berlangsung pada 9 Oktober 2015 dan dijangka bertambah meriah kerana diraikan sekali dengan ulang tahun jubli emas Singapura. Sekali lagi Dato' Siti Nurhaliza Tarudin tercalon untuk edisi kali ini, berikut adalah pencalonan untuk Dato' Siti. Terima kasih Master Mfa kerana berkongsi berita ini!
April lalu, genap 20 tahun pembabitan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dalam lapangan seni suara tanah air, malah sepanjang tempoh itu, setiap kejayaan yang dikecapi menjadi inspirasi kepada peminat dan membanggakan negara. Siti bintang legenda yang meraih pelbagai pengiktirafan dalam dan luar negara. Boleh dikatakan penyanyi tersohor ini sudah memiliki segala-galanya. Lalu apa lagi wajar diberikan kepadanya sempena meraikan dua dekad kerjaya seninya itu? Hasil perbincangan Pengurus Kandungan Era FM, Nazri Noran dan Pengurus Kandungan Raku (Radio Astro), Rithan mereka bersetuju menghadiahkan Siti sebuah lagu ciptaan Faizal Tahir dan dinyanyikan Hafiz Suip berjudul Inspirasi. Nazri berkata, itulah hadiah terbaik yang dipersembahkan kepada Siti. “Kami mendapatkan beberapa lagu daripada komposer dan Faizal bersungguh-sungguh mahu membuatnya. Kami beri peluang kepada Faizal dan berjaya menyiapkan lagu serta lirik dalam tempoh beberapa jam saja. Lagu ini turut menampilkan suara Faizal,” katanya. Siti diundang ke udara dalam segmen Johari Pagi Era menerusi slot Super Johara Show pada pagi ini. Di samping Johan, Haniff dan Ray, penyanyi berusia 36 tahun itu berpeluang merasai pengalaman menjadi penyampai radio dan membaca berita. Jelas Nazri sepanjang empat jam, Era FM memutarkan himpunan lagu Siti daripada album pertama hingga terkini. “Sebanyak 40 lagu Siti dimainkan di Era FM sejak saluran radio ini ditubuhkan pada 1998 dan lagu Aku Cinta Padamu mendapat permintaan paling tinggi. Sempena ulang tahun ke-20 Datuk Siti dalam industri, kami mahu berkongsi detik indah itu dengan pendengar Era FM. “Datuk Siti banyak merakamkan lagu runut bunyi drama dan filem. Tiba masanya kami buatkan lagu ‘tribute’ untuknya pula. “Ketika Datuk Siti berada di konti dia turut dihubungi penggiat seni, rakan dan suaminya, Datuk K (Datuk Khalid Mohd Jiwa) untuk berkongsi detik indah bersamanya. Kebetulan pasangan romantik ini akan menyambut ulang tahun perkahwinan kesembilan esok (hari ini),” katanya yang memaklumkan lagu Inspirasi diperdengarkan buat pertama kali di Era FM hari ini. Siti bermula dari bawah Menyelami perasan Siti mengenai lagu ‘tribute’ itu, dia tidak sangka dan terharu apabila menerima penghargaan setinggi itu daripada Era FM serta Raku. “Saya datang ke konti Era FM tanpa mengetahui rancangan sebenar mereka. Saya diberi penerangan akan ke udara selama empat jam bersama Johan, Haniff dan Ray serta melakukannya secara spontan. Saya juga diminta membaca berita dan menyampaikan maklumat trafik ibu kota. “Kemudian saya diberikan surat luahan rasa peminat yang apabila saya baca seperti sebuah puisi. Lalu saya minta Johan bacakan dan mereka terus perdengarkan lagu Inspirasi. “Saya suka lagu ini dan berasa sangat terharu. Mendengar melodi dan liriknya, saya teringin menyanyikan lagu ini, tetapi tak boleh kerana ia dibuat khusus untuk saya. Macam tak kena pula kalau saya nyanyi,” katanya berseloroh. Mengimbas pembabitan awalnya dalam bidang seni suara, jelas Siti dia tidak berpelajaran tinggi dan berharap segala kepayahannya mendaki kejayaan boleh menjadi contoh terbaik buat orang ramai. “Saya berasal dari kampung, pernah menjual kuih dan pergi ke tempat pertandingan nyanyian dengan menaiki bas. Daripada dulu sampai sekarang keluarga sumber kekuatan saya. “Selagi kita berusaha, ada bakat dan bersungguh pasti akan berjaya. Setiap manusia dikurniakan kelebihan tersendiri, jadi jangan dipersiakan. “Cita-cita asal saya mahu jadi pegawai polis. Saya mahu ikut jejak arwah ayah, tetapi selepas dua tahun jadi penyanyi, saya rasa tak boleh buat kerja lain selain menyanyi. “Saya buat dengan bersungguh-sungguh dan inilah hasilnya,” katanya. Melanjutkan bicara, dia gembira apabila ada pelajar menjadikan lagu dendangannya teman ketika belajar dan kebanyakan mereka sudah berjaya dalam hidup serta kerjaya. “Saya mahu jadi inspirasi peminat. Masyarakat lihat saya berjaya dan sudah ada segala-galanya, tetapi hakikatnya masih ada lagi yang belum saya capai. Saya mahu teroka muzik berbeza. “Sebab itu saya terima tawaran komposer terkenal India, A R Rahman menyanyikan lagunya, Nenjae Ezhu. Lagu ini menjadi pembuka tirai Internatioanal Superstar 2015 yang berlangsung di PICC (Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya) baru-baru ini. “Menerusi kerjasama itu, saya dapat peminat baru. Pengalaman menyanyikan lagu Tamil satu pengalaman yang sangat menarik. Sebelum ini saya pernah menyampaikan lagu Hindustan dan Mandarin,” katanya. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72007#sthash.2MYe7TyU.dpuf Hari ini tanggal 13 Ogos 2015 genap 6 tahun Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim meninggalkan kita. Semoga Allahyarham tenang disana bersama orang yang dikasihi Allah. (www.nasyidfm.com.my)
Sitizoners yang beragama Islam, marilah bersama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Arwah Ustaz Asri adalah antara rakan artis yang sering bekerjasama bersama Dato' Siti. Al-Fatihah.... KUALA LUMPUR – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 36, melakar sejarah apabila menjadi artis Melayu pertama merakamkan lagu berbahasa Tamil ciptaan komposer terkenal India yang juga pemenang dua Anugerah Oscar, A.R. Rahman. Menurut Siti, beliau amat berbesar hati apabila A.R. Rahman yang memenangi Anugerah Oscar bagi Skor Muzik Asal dan Lagu Tema Filem Terbaik menerusi filem Slumdog Millionaire sanggup terbang ke Malaysia untuk merakamkan lagu itu kelmarin. Katanya, lagu berjudul Nenjae Ezhu yang bermaksud Bangkitlah Hati pernah menjadi lagu runut bunyi filem Maryaan pada tahun 2013. Ia dirakamkan semula untuk sebuah program terbitan Astro, International Superstar, yang akan disiarkan dalam masa terdekat. “Pada awalnya, saya berasa kurang yakin, tetapi perasaan mahu mencuba sangat kuat. “Peluang bekerja dengan A.R. Rahman bukan datang selalu dalam hidup, apatah lagi saya amat mengagumi bakat beliau sebagai seorang penyanyi dan pencipta lagu,” ujar Siti sewaktu dihubungi Kosmo! semalam. Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0805&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3igblOqkb Hakcipta terpelihara DATUK Siti Nurhaliza Taruddin has admitted that the unstable economic situation has affected her cosmetics and fashion business, reported RAP, the entertainment pullout of Harian Metro.
Attributing it to consumers being more careful with their spending and putting priority on essential items, she said: “The current economic situation is affecting all businesses. Luckily, I still have invitations to do gigs. “Even I am a bit more careful with my spending. “I will think for a long time before buying an item.” Sharing her experience about Ramadan, she said she had yet to visit any of the bazaars due to her busy working schedule. “I am also worried that my presence will create a commotion. “When I was small, I helped my parent’s business at the Ramadan bazaar. The sweet memories are still fresh in my mind and I really miss going to Ramadan bazaars,” she said. Article: The Star URTV istimewa Hari Raya dengan pelabgai cerita menarik. Dalam kita bergembira di Hari Raya, penyanyi nombor satu negara tidak lupa kesedihan yang menimpa negara seperti tragedi kehilangan misteri pesawat MH370, terhempasnya MH17, banjir besar di Pantai Timur dan kejadian gempa bumi di Ranau, Sabah. Hiba mengenangkan nasib mereka, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mengaku turut terkesan dengan setiap kejadian sehingga mengundang perasaan yang cukup pilu dalam dirinya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Antara luahan Siti, “hargailah orang di sekeliling kita kerana kita tak pernah tahu apa akan terjadi satu hari nanti. Setiap daripada kita perlu saling menghargai satu sama lain, bukan asyik mencari silap dan keburukan pula. “Melihat kepada musibah yang berlaku pada negara kita, saya bersyukur kerana masih dikelilingi keluarga, sahabat dan insan-insan penting dalam hidup saya. Saya tak boleh membayangkan sesuatu yang buruk terjadi...nauzubillah...” kata Siti Nurhaliza yang sedang popular dengan lagu Mikraj Cinta. URTV juga menyelami hati pelakon kacak Johan As’ari yang buat pertama kalinya beraya tanpa ibu tersayang Allahyarham Datin Firdaus Abd. Kader yang meninggal dunia pada akhir Mei lalu. Situasi ini menyebabkan Johan berhijrah mengorak ke India. Haa… Kenapa agaknya Johan bawa diri ke sana? Johan juga tidak lupa pemintaan akhir arwah sebelum menghembuskan nafas terakhir. Tidak lupa juga kisah primadona tersohor Erra Fazira yang kini sudah berhijab. Ada yang mengaitkan kononnya penghijrahannya itu disebabkan seorang lelaki bernama kekasih. Betul ke? Erra juga meluahkan rasa sedihnya kerana beraya tanpa yang tersayang. Selain itu, pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta Fattah Amin dan Sherry Ibrahim juga beraya bersama buat kali pertama. Sempena hari raya ini, keluarga mereka saling berkunjungan. Mungkinkah ada majlis merisik? Nak tahu kena baca URTV tau! Nak tahu, pelakon jelita Maya Karin juga beritahu URTV yang dirinya sukar bertemu dengan yang sejati. Maya meluahkan semua ini kepada ibunya. Nak tahu apa jawapan dan siapakah lelaki pilihan ibunya? Jangan lupa ikutnya kisah Maya ya! Tidak ketinggalan kisah menarik dan eksklusif artis popular lain seperti Shaheizy Sam, Hanez Suraya, Akim, Ayda Jebat, Aweera, Elizad, Izzue Islam, Amyra Rosli, Zoey, bintang-bintang AF dan banyak lagi! Semuanya dalam URTV edisi Aidilfitri. Dapatkannya sekarang! Instagram: @URTV - See more at: http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/kenapa-siti-nurhaliza-sebak-1.112203#sthash.PwgJS2jK.dpuf |