ZULQARNAIN ABU HASSAN 16 OKTOBER 2018 PENYANYI, Datuk Seri Siti Nurhaliza, meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Aafiyah bakal memasuki usia tujuh bulan. Penyanyi yang mendapat jolokan nama Tok Ti itu turut mengimbau kembali momen bersejarah ketika mengumumkan kehamilannya. "Tahun lalu pada tarikh hari ini, 13 Oktober 2017, saya membuat pengumuman kehamilan dan juga majlis doa selamat. "Alhamdulillah, selepas setahun, Aafiyah sudah pun menjangkau usia 7 bulan dan saya juga telah kembali bekerja," luah Siti. Dikesempatan itu juga Tok Ti berterima kasih kepada para media kerana hadir pada majlis berkenaan dan tidak dilupakan orang ramai yang telah mendoakan kepada anak dan keluarganya.
"Terima kasih sekali lagi kepada yang tak pernah jemu mendoakan saya dan keluarga," luahnya lagi. Perkongsian tersebut ketika artikel ini ditulis, ia telah mendapat respon pelbagai hampir 2,000 orang dan hampir 200,000 yang memberikan 'heart' sebagai tanda suka. Siti, 39, dan Datuk Seri Mohamad Khalid Jiwa, 59, berkahwin pada 21 Ogos 2006 dan dikurniakan seorang anak bernama Siti Aafiyah pada 19 Mac lalu. Original Article
0 Comments
Leave a Reply. |
Archives
August 2019
Categories |