By Aref Omar - October 13, 2018 @ 8:51pm
KUALA LUMPUR: The latest offering from Malaysia’s top songstress, Datuk Seri Siti Nurhaliza, seems to be finding a solid footing in the hearts of fans and music lovers nationwide. Titled Anta Permana, the latest single has so far been doing very well on YouTube as well with its accompanying music video. Released about a week ago, it has garnered over a million views already. Siti expressed her gratitude online yesterday at the positive reception she has received so far for the track, which means infinite in the classical Malay language. On her Instagram account, she wrote: “Praise God, thank you for 1 million views in 7 days for the Anta Permana music video. My love and affection to you all is ‘infinite’ as well. Please continue to support local artistes.” The long-standing 39-year-old artiste also posted a series of entries that featured videos of fans emotively crooning to the melodious tune. Anta Permana is composed by Hael Husaini and Ezra Kong. Siti wrote that she felt touched by the many fans who had recorded themselves singing the tune, with some even dancing along to the beat.
0 Comments
ZULQARNAIN ABU HASSAN 16 OKTOBER 2018 PENYANYI, Datuk Seri Siti Nurhaliza, meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Aafiyah bakal memasuki usia tujuh bulan. Penyanyi yang mendapat jolokan nama Tok Ti itu turut mengimbau kembali momen bersejarah ketika mengumumkan kehamilannya. "Tahun lalu pada tarikh hari ini, 13 Oktober 2017, saya membuat pengumuman kehamilan dan juga majlis doa selamat. "Alhamdulillah, selepas setahun, Aafiyah sudah pun menjangkau usia 7 bulan dan saya juga telah kembali bekerja," luah Siti. Dikesempatan itu juga Tok Ti berterima kasih kepada para media kerana hadir pada majlis berkenaan dan tidak dilupakan orang ramai yang telah mendoakan kepada anak dan keluarganya.
"Terima kasih sekali lagi kepada yang tak pernah jemu mendoakan saya dan keluarga," luahnya lagi. Perkongsian tersebut ketika artikel ini ditulis, ia telah mendapat respon pelbagai hampir 2,000 orang dan hampir 200,000 yang memberikan 'heart' sebagai tanda suka. Siti, 39, dan Datuk Seri Mohamad Khalid Jiwa, 59, berkahwin pada 21 Ogos 2006 dan dikurniakan seorang anak bernama Siti Aafiyah pada 19 Mac lalu. Original Article Sudirman Mohd Tahir
[email protected] LAGU Anta Permana nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza terus mengekalkan rekod cemerlang apabila menduduki tangga teratas carta trending di iTunes sejak malam tadi. Single yang dilancarkan pada 21 September lalu itu juga masih berada dalam kedudukan Top 10 iTunes Malaysia dengan mengetepikan lagu Ragaman (Faizal Tahir), You Are The Reason (Calum Scott), Girls Like You (Maroon 5) dan DDU-DU DDU-DU (BlackPink). Siti, 39, atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin berkata, pencapaian diraih itu dianggap perjalanan yang menarik tahun ini selepas berehat selama setahun. "Single ini dihasilkan untuk kemunculan semula saya selepas setahun berehat. Jadi, pemilihan lagu tidak boleh silap. Dalam masa sama, saya bersama pasukan perlu ada strategi sendiri untuk menempatkan lagu ini terutama dalam pilihan lagu radio swasta. "Alhamdulillah, cubaan kami membuahkan hasil berdasarkan segala maklum balas diterima. Pada awalnya, ia lebih kepada 'try and error' sama ada apa yang dibuat ini menjadi atau tidak. "Sejujurnya, saya berasa gembira apabila lagu ini akhirnya dimainkan di stesen radio Era yang sebelum ini susah nak main lagu saya sejak adanya lagu daripada penyanyi Budak Baru Nak Up (BBNU)," katanya kepada Harian Metro. Menurut Siti, meski lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong itu pada awalnya mendapat kritikan daripada segelintir pihak, Siti sebaliknya menganggap ia cita rasa masing-masing. "Apabila jumpa orang dan membaca komen, saya dapat dua perkara berbeza. Ada pro dan kontra, ada suka dan tidak kerana setiap orang memiliki cita rasa berbeza. "Malah, ada juga mengatakan lagu ini perlu menjadi lagu yang perlu dimainkan setiap hari. Namun, pokok pangkalnya adalah macam mana kita nak promosi lagu ini supaya ia kekal menjadi pilihan peminat di semua platform digital dan radio. "Paling penting, saya ingin peminat faham yang mana lagu ini adalah gabungan dua elemen muzik balada dan irama Malaysia. Jadi, siapa peminat genre balada atau irama Malaysia, mereka boleh layan lagu ini," katanya. Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Oktober 2018 @ 3:26 PM |
Archives
August 2019
Categories |