Sitizoners, are you ready?
Tickets NOW on sale @ www.mytickets.asia Royal Albert Hall London, UK dates to be announce soon DATO' SRI SITI NURHALIZA:"Being singer and entertainer, being a child, sister, wife and now a mother has completed everything. After being in the Malaysian music industry for over 20 years, it has become important for me to build a legacy of unforgettable career for me as well as the Malaysian music industry. I also intend to bridge the gap between culture and language through my music. I want you all to travel with me through this music festival as now the world is ready to hear my voice. The event will be my biggest concert tour, encompassing two phases in the next two years. Starting with our neighboring countries, Indonesia and Singapore and have to go back to my country of birth, Kuala Lumpur, Malaysia. My production and management parties are also discussing reviving the seconds of Royal Albert Hall London and InsyaAllah, as well as several more iconic locations to explore. It's a dream come true. I feel overwhelmed by the commitment of many parties to make this concert tour possible and can not do it alone. I believe in the support of my #Sitizoners fanatics as well as the fans who are waiting for my appearance, this concert tour and planning will be great. Siti Nurhaliza On Tour 2019 is my platform to bring Malaysia's name, music and culture to Indonesia, Singapore (and the world) and possibly more places after this.
“Bergelar penyanyi dan penghibur, menjadi anak, kakak, adik, isteri dan kini bergelar seorang ibu telah melengkapi segalanya. Selepas berada di industri muzik Malaysia selama lebih 20 tahun, adalah menjadi sesuatu yang penting buat saya untuk membina legasi karier yang tak mungkin dilupakan untuk saya dan juga industri muzik Malaysia. Saya juga berhasrat untuk merapatkan jurang antara budaya dan bahasa melalui muzik saya. Saya mahu kamu semua mengembara bersama saya melalui perayaan muzik ini kerana kini akhirnya dunia bersedia mendengar suara saya. Acara ini akan menjadi konsert jelajah terbesar saya, merangkumi dua fasa dalam jangka masa dua tahun. Bermula dengan negara-negara jiran kita, Indonesia dan Singapura serta sudah semestinya kembali ke negara kelahiran saya, Kuala Lumpur, Malaysia. Pihak produksi dan pengurusan saya juga sedang berbincang untuk menghidupkan kembali detik Royal Albert Hall London dan InsyaAllah, berserta beberapa lagi lokasi ikonik untuk dijelajahi. Ini ibarat mimpi yang menjadi kenyataan. Saya berasa terharu di atas komitmen ramai pihak menjayakan konsert jelajah ini serta tidak mungkin dapat melakukannya sendirian. Saya percaya dengan sokongan peminat setia saya #Sitizoners serta peminat yang menantikan kemunculan saya, konsert jelajah dan perancangan ini bakal menjadi sesuatu yang hebat. Siti Nurhaliza On Tour 2019 adalah platform saya untuk membawa nama, muzik dan budaya Malaysia ke Indonesia, Singapura (dan dunia) serta mungkin lebih banyak tempat lagi selepas ini. Love/ Salam Sayang
|
PAST DATESFEB 21, 2019
|