INFO:
Memperkenalkan Juara Bintang HMI '95
Kini sejarah pertandingan Bintang HMI telah mencatatkan satu lagi nama baru iaitu Siti Nurhaliza yang menjuarai pertandingan ini pada 23 Disember 1995 dengan mempertaruhkan lagu "Camar Yang Pulang" yang dipopularkan oleh Aishah. Anak kelahiran Kuala Lipus, Pahang yang baru berusia 17 tahun ini sememangnya berbakat besar di dalam bidang nyanyian. Mempunyai suara yang cukup unik dan tidak keterlaluan jika dikatakan yang Siti Nurhaliza adalah antara penyanyi terbaik masa kini. Sebelum menjuarai pertandingan Bintang HMI, Siti Nurhaliza telah banyak kali menyertai beberapa pertandingan di tempat kelahirannya, seringkali mengikut ibunya menyanyi dan juga abangnya iaitu Ayie. Daripada situlah minat Siti Nurhaliza untuk menyanyi timbul, tambahan pula mendapat sokongan dari ibu dan keluarganya sendiri. Album yang memuatkan 10 buah lagu ini diterbitkan oleh Adnan Abu Hassan sendiri dan dirakamkan di Pro Recording Studio (Cheras Perdana) milik Suria Records Sdn. Bhd. Selain Adnan Abu Hassan, Fauzi Marzuki juga menyumbangkan 2 buah lagu dan sebuah lagu dari Peter Fam. Manakala penulis lirik terdiri daripada Hani MJ, Othman Zainuddin, Amran Omar, Shahnaz dan Lukman S. Menurut Adnan Abu Hassan, album Siti Nurhaliza adalah yang terbaik yang pernah dihasilkan sebelum ini. Siti Nurhaliza mempunyai suara yang begitu unik dan cara penyampaiannya yang tersendiri memang mengkagumkan. Malah Fauzi Marzuki sendiri mengatakan yang Siti Nurhaliza mempunyai suara yang paling luar biasa dari kawalan nada suara yang rendah dan nada suara yang tinggi. Ini adalah keistimewaanya. Ia juga boleh membawa berbagai corak dan rentak lagu dengan baik. Sham Amir Hussain Pengurus A&R Intro Siti Syukur Alhamdulillah kehadrat Illahi dengan limpah kurnianya juga maka lahirlah album pertama daripada CT untuk anda semua. Dikesempatan ini, CT ingin menyampaikan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang selama ini bersusah payah dalam membantu CT di dalam bidang yang sudah menjadi darah daging CT, tak lain tak bukan ialah bidang seni. Ucapan terima kasih CT pertama kali buat seluruh ahli keluarga terutama ibu dan ayah CT yang banyak memberi sokongan dan semangat kepada CT, ayah saudara Ct iaitu En. Rahim bin Bachik yang banyak memberi tunjuk ajar kepada CT, abang CT (Ayie), Kak Zie, seluruh ahli keluarga Polis di Kuala Lipis. Especially Tuan Lutfi (bekas KPD Lipis) sekeluarga yang banyak membantu CT, Tuan Hasbullah & Puan Aida (isteri) serta keluarga, Kombo Polis Kuantan serta seluruh ahli PERKEP. Tak lupa juga kepada keluarga Sek. Men. Clifford iaitu guru-guru CT yang understanding, teman-teman sekolah serta seluruh kakitangan kebudayaan Yayasan Pahang. To my sporting producer, Mr. Adnan Abu Hassan, Mr. Sham Amir Hussain pengurus artis, Abang Vard, Joe dan Kak Nieta serta kakitangan yang lain. Thank you so much!!! Begitu juga para komposer, penulis-penulis lirik, Hentjie, backing vokalist, Vincent yang sama-sama bersusah payah di Studio Big Boss kita Mr. Tan, terima kasih. Terima kasih yang tak terhingga juga kepada pihak RTM yang telah menaikkan nama CT, TV3, Media cetak dan elektronik, para wartawan, DJ-DJ yang sentiasa ceria serta semua individu yang telah menjayakan dalam pembikinan album CT, sokongan anda amat CT hargai dan untuk itu terimalah.....Untuk Bakal Peminat-peminat CT. Tanpa Anda siapalah CT. MEDIAPHOTOSVIDEOS
0 Comments
Leave a Reply. |
Categories
All
By Date
September 2023
|