Sitizoners, the vinyl has arrived! The vinyl for Dato' Siti Nurhaliza's UNPLUGGED album has arrived! Go checkout all music stores to get yourself a copies today!
You may also purchase the vinyls at Rock Conner and Speedy at prices of RM212.90. The vinyl got 2 disc together with a free poster inside. Go and get it now! P/S: Sitizoners can also place your order by sending your name, e-mail and phone no. to [email protected]
0 Comments
Cuaca panas tidak menghalang lebih 300 peminat memeriahkan sesi promosi dan bertemu peminat sempena pelancaran album Unplugged Datuk Siti Nurhaliza 2015 di sebuah pusat beli-belah di Seberang Jaya, Pulau Pinang, baru-baru ini.
Malah, ada peminat yang sanggup datang dari jauh dan tunggu lebih tiga jam awal semata-mata manu bertemu dengan figura popular kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini. Kemunculan Siti tepat jam 1.45 petang disambut dengan tepukan dan sorakan peminat. Kehadiran Siti yang kini popular dengan lagu Mikraj Cinta sememangnya amat dinantikan peminat di utara tanah air. Pada majlis itu Siti menyanyikan dua lagu dan 100 peminat bertuah diberikan album unplugged berkenaan selain turut berpeluang beramah mesra sambil ‘welfie’ bersama Siti di atas pentas. Seorang peminat, Eiylla Ibrahim, 35, berkata, kerana terlalu meminati Siti dia sanggup datang dari Pantai Remis, Perak semata-mata untuk bertemu penyanyi idolanya itu. “Saya meminati Siti sejak dia muncul dengan album pertama. Susah payah saya datang dari Pantai Remis ke Pulau Pinang berbaloi apabila akhirnya dapat bertemu dan beramah mesra dengannya,” katanya yang tidak akan melepaskan peluang menghadiri setiap konsert Siti. Sementara itu, Siti berkata, dia terharu dengan sambutan diberikan penduduk Pulau Pinang yang terus menyokong kerjayanya sejak 20 tahun lalu. Bercerita mengenai albumnya, Siti berkata, album yang dihasilkan dalam bentuk CD, VCD dan DVD itu mendapat sambutan menggalakkan. Apa yang menarik, album berkenaan juga bakal dilancarkan dalam bentuk piring hitam. Dalam pada itu, Siti kini sibuk dengan persiapan Konsert Muzikal di Istana Budaya pada November depan. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/76289#foto Sitizoners MALAYSIA! Selamat Hari Kebangsaan! Sehati Sejiwa. Semarakkan semangat kemerdekaan anda dengan wallpaper eksklusif ini! Download sekarang! Sila ke laman DOWNLOAD untuk muatturun dalam resolusi yang lebih besar.
KUALA LUMPUR: Datuk Siti Nurhaliza sememangnya sudah cukup sinonim dengan penganjuran Anugerah Planet Muzik atau singkatannya APM. Bukan setakat dicalonkan sejak beberapa tahun lalu, trofi dan kategori yang dipertandingkan turut pernah menjadi miliknya. Tahun ini, APM 2015 nama Siti terus unggul apabila menerima enam pencalonan bagi lima kategori. Rata-rata pencalonan Siti kali ini diambil daripada album terbaharu beliau di dalam album konsert unplugged yang dirakamkan di Istana Budaya. Kategori Lagu Paling Popular, Siti dicalonkan menerusi dua lagu iaitu Jaga Dia Untukku dan Seluruh Cinta duet dengan penyanyi Indonesia, Cakra Khan. Kategori lain ialah Artis Wanita Terbaik, Kolaborasi Terbaik Artis (bersama Cakra Khan), Kolaborasi Terbaik Lagu (lagu Engkau) dan Duo Terbaik (juga bersama Cakra Khan). "Alhamdulillah, Siti bersyukur sangat untuk enam pencalonan ini dan melihat ini pencapaian yang baik bagi kemunculan album terbaharu Konsert Live Unplugged Siti Nurhaliza. kebanyakan lagu yang tercalon semuanya adalah lagu yang dimuatkan dalam album itu.
Anugerah Planet Muzik kembali untuk edisi 2015 dan dijadualkan berlangsung pada 9 Oktober 2015 dan dijangka bertambah meriah kerana diraikan sekali dengan ulang tahun jubli emas Singapura. Sekali lagi Dato' Siti Nurhaliza Tarudin tercalon untuk edisi kali ini, berikut adalah pencalonan untuk Dato' Siti. Terima kasih Master Mfa kerana berkongsi berita ini!
April lalu, genap 20 tahun pembabitan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dalam lapangan seni suara tanah air, malah sepanjang tempoh itu, setiap kejayaan yang dikecapi menjadi inspirasi kepada peminat dan membanggakan negara. Siti bintang legenda yang meraih pelbagai pengiktirafan dalam dan luar negara. Boleh dikatakan penyanyi tersohor ini sudah memiliki segala-galanya. Lalu apa lagi wajar diberikan kepadanya sempena meraikan dua dekad kerjaya seninya itu? Hasil perbincangan Pengurus Kandungan Era FM, Nazri Noran dan Pengurus Kandungan Raku (Radio Astro), Rithan mereka bersetuju menghadiahkan Siti sebuah lagu ciptaan Faizal Tahir dan dinyanyikan Hafiz Suip berjudul Inspirasi. Nazri berkata, itulah hadiah terbaik yang dipersembahkan kepada Siti. “Kami mendapatkan beberapa lagu daripada komposer dan Faizal bersungguh-sungguh mahu membuatnya. Kami beri peluang kepada Faizal dan berjaya menyiapkan lagu serta lirik dalam tempoh beberapa jam saja. Lagu ini turut menampilkan suara Faizal,” katanya. Siti diundang ke udara dalam segmen Johari Pagi Era menerusi slot Super Johara Show pada pagi ini. Di samping Johan, Haniff dan Ray, penyanyi berusia 36 tahun itu berpeluang merasai pengalaman menjadi penyampai radio dan membaca berita. Jelas Nazri sepanjang empat jam, Era FM memutarkan himpunan lagu Siti daripada album pertama hingga terkini. “Sebanyak 40 lagu Siti dimainkan di Era FM sejak saluran radio ini ditubuhkan pada 1998 dan lagu Aku Cinta Padamu mendapat permintaan paling tinggi. Sempena ulang tahun ke-20 Datuk Siti dalam industri, kami mahu berkongsi detik indah itu dengan pendengar Era FM. “Datuk Siti banyak merakamkan lagu runut bunyi drama dan filem. Tiba masanya kami buatkan lagu ‘tribute’ untuknya pula. “Ketika Datuk Siti berada di konti dia turut dihubungi penggiat seni, rakan dan suaminya, Datuk K (Datuk Khalid Mohd Jiwa) untuk berkongsi detik indah bersamanya. Kebetulan pasangan romantik ini akan menyambut ulang tahun perkahwinan kesembilan esok (hari ini),” katanya yang memaklumkan lagu Inspirasi diperdengarkan buat pertama kali di Era FM hari ini. Siti bermula dari bawah Menyelami perasan Siti mengenai lagu ‘tribute’ itu, dia tidak sangka dan terharu apabila menerima penghargaan setinggi itu daripada Era FM serta Raku. “Saya datang ke konti Era FM tanpa mengetahui rancangan sebenar mereka. Saya diberi penerangan akan ke udara selama empat jam bersama Johan, Haniff dan Ray serta melakukannya secara spontan. Saya juga diminta membaca berita dan menyampaikan maklumat trafik ibu kota. “Kemudian saya diberikan surat luahan rasa peminat yang apabila saya baca seperti sebuah puisi. Lalu saya minta Johan bacakan dan mereka terus perdengarkan lagu Inspirasi. “Saya suka lagu ini dan berasa sangat terharu. Mendengar melodi dan liriknya, saya teringin menyanyikan lagu ini, tetapi tak boleh kerana ia dibuat khusus untuk saya. Macam tak kena pula kalau saya nyanyi,” katanya berseloroh. Mengimbas pembabitan awalnya dalam bidang seni suara, jelas Siti dia tidak berpelajaran tinggi dan berharap segala kepayahannya mendaki kejayaan boleh menjadi contoh terbaik buat orang ramai. “Saya berasal dari kampung, pernah menjual kuih dan pergi ke tempat pertandingan nyanyian dengan menaiki bas. Daripada dulu sampai sekarang keluarga sumber kekuatan saya. “Selagi kita berusaha, ada bakat dan bersungguh pasti akan berjaya. Setiap manusia dikurniakan kelebihan tersendiri, jadi jangan dipersiakan. “Cita-cita asal saya mahu jadi pegawai polis. Saya mahu ikut jejak arwah ayah, tetapi selepas dua tahun jadi penyanyi, saya rasa tak boleh buat kerja lain selain menyanyi. “Saya buat dengan bersungguh-sungguh dan inilah hasilnya,” katanya. Melanjutkan bicara, dia gembira apabila ada pelajar menjadikan lagu dendangannya teman ketika belajar dan kebanyakan mereka sudah berjaya dalam hidup serta kerjaya. “Saya mahu jadi inspirasi peminat. Masyarakat lihat saya berjaya dan sudah ada segala-galanya, tetapi hakikatnya masih ada lagi yang belum saya capai. Saya mahu teroka muzik berbeza. “Sebab itu saya terima tawaran komposer terkenal India, A R Rahman menyanyikan lagunya, Nenjae Ezhu. Lagu ini menjadi pembuka tirai Internatioanal Superstar 2015 yang berlangsung di PICC (Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya) baru-baru ini. “Menerusi kerjasama itu, saya dapat peminat baru. Pengalaman menyanyikan lagu Tamil satu pengalaman yang sangat menarik. Sebelum ini saya pernah menyampaikan lagu Hindustan dan Mandarin,” katanya. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72007#sthash.2MYe7TyU.dpuf Hari ini tanggal 13 Ogos 2015 genap 6 tahun Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim meninggalkan kita. Semoga Allahyarham tenang disana bersama orang yang dikasihi Allah. (www.nasyidfm.com.my)
Sitizoners yang beragama Islam, marilah bersama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Arwah Ustaz Asri adalah antara rakan artis yang sering bekerjasama bersama Dato' Siti. Al-Fatihah.... KUALA LUMPUR – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 36, melakar sejarah apabila menjadi artis Melayu pertama merakamkan lagu berbahasa Tamil ciptaan komposer terkenal India yang juga pemenang dua Anugerah Oscar, A.R. Rahman. Menurut Siti, beliau amat berbesar hati apabila A.R. Rahman yang memenangi Anugerah Oscar bagi Skor Muzik Asal dan Lagu Tema Filem Terbaik menerusi filem Slumdog Millionaire sanggup terbang ke Malaysia untuk merakamkan lagu itu kelmarin. Katanya, lagu berjudul Nenjae Ezhu yang bermaksud Bangkitlah Hati pernah menjadi lagu runut bunyi filem Maryaan pada tahun 2013. Ia dirakamkan semula untuk sebuah program terbitan Astro, International Superstar, yang akan disiarkan dalam masa terdekat. “Pada awalnya, saya berasa kurang yakin, tetapi perasaan mahu mencuba sangat kuat. “Peluang bekerja dengan A.R. Rahman bukan datang selalu dalam hidup, apatah lagi saya amat mengagumi bakat beliau sebagai seorang penyanyi dan pencipta lagu,” ujar Siti sewaktu dihubungi Kosmo! semalam. Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0805&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3igblOqkb Hakcipta terpelihara DATUK Siti Nurhaliza Taruddin has admitted that the unstable economic situation has affected her cosmetics and fashion business, reported RAP, the entertainment pullout of Harian Metro.
Attributing it to consumers being more careful with their spending and putting priority on essential items, she said: “The current economic situation is affecting all businesses. Luckily, I still have invitations to do gigs. “Even I am a bit more careful with my spending. “I will think for a long time before buying an item.” Sharing her experience about Ramadan, she said she had yet to visit any of the bazaars due to her busy working schedule. “I am also worried that my presence will create a commotion. “When I was small, I helped my parent’s business at the Ramadan bazaar. The sweet memories are still fresh in my mind and I really miss going to Ramadan bazaars,” she said. Article: The Star URTV istimewa Hari Raya dengan pelabgai cerita menarik. Dalam kita bergembira di Hari Raya, penyanyi nombor satu negara tidak lupa kesedihan yang menimpa negara seperti tragedi kehilangan misteri pesawat MH370, terhempasnya MH17, banjir besar di Pantai Timur dan kejadian gempa bumi di Ranau, Sabah. Hiba mengenangkan nasib mereka, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mengaku turut terkesan dengan setiap kejadian sehingga mengundang perasaan yang cukup pilu dalam dirinya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Antara luahan Siti, “hargailah orang di sekeliling kita kerana kita tak pernah tahu apa akan terjadi satu hari nanti. Setiap daripada kita perlu saling menghargai satu sama lain, bukan asyik mencari silap dan keburukan pula. “Melihat kepada musibah yang berlaku pada negara kita, saya bersyukur kerana masih dikelilingi keluarga, sahabat dan insan-insan penting dalam hidup saya. Saya tak boleh membayangkan sesuatu yang buruk terjadi...nauzubillah...” kata Siti Nurhaliza yang sedang popular dengan lagu Mikraj Cinta. URTV juga menyelami hati pelakon kacak Johan As’ari yang buat pertama kalinya beraya tanpa ibu tersayang Allahyarham Datin Firdaus Abd. Kader yang meninggal dunia pada akhir Mei lalu. Situasi ini menyebabkan Johan berhijrah mengorak ke India. Haa… Kenapa agaknya Johan bawa diri ke sana? Johan juga tidak lupa pemintaan akhir arwah sebelum menghembuskan nafas terakhir. Tidak lupa juga kisah primadona tersohor Erra Fazira yang kini sudah berhijab. Ada yang mengaitkan kononnya penghijrahannya itu disebabkan seorang lelaki bernama kekasih. Betul ke? Erra juga meluahkan rasa sedihnya kerana beraya tanpa yang tersayang. Selain itu, pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta Fattah Amin dan Sherry Ibrahim juga beraya bersama buat kali pertama. Sempena hari raya ini, keluarga mereka saling berkunjungan. Mungkinkah ada majlis merisik? Nak tahu kena baca URTV tau! Nak tahu, pelakon jelita Maya Karin juga beritahu URTV yang dirinya sukar bertemu dengan yang sejati. Maya meluahkan semua ini kepada ibunya. Nak tahu apa jawapan dan siapakah lelaki pilihan ibunya? Jangan lupa ikutnya kisah Maya ya! Tidak ketinggalan kisah menarik dan eksklusif artis popular lain seperti Shaheizy Sam, Hanez Suraya, Akim, Ayda Jebat, Aweera, Elizad, Izzue Islam, Amyra Rosli, Zoey, bintang-bintang AF dan banyak lagi! Semuanya dalam URTV edisi Aidilfitri. Dapatkannya sekarang! Instagram: @URTV - See more at: http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/kenapa-siti-nurhaliza-sebak-1.112203#sthash.PwgJS2jK.dpuf Sitizoners, we have start posting new downloads such as wallpapers and icon for you! Head over to the downloads page at Community NOW or click HERE! Enjoy your screen gems Sitizoners! First and foremost, we are super excited and happy to welcome you guys to the brand NEW Siti Sentral site. We are already 2 years old for 2015, as we grown up so our look and contents.
Here you'll find everything about Siti. Her bona fide 20 years of achievement is locked and preserved in this minimalist, responsive webpage which give you a better experience on browsing from any devices - your lappy, tab, notebook, smartphones, you name it! Get to know more Siti by look out on her biography or simply follow her social network. We give you most of her music by engaging the content with Spotify, so you can stream it at all times. Wanna get much? Involved in her Beauty and Fashion world by just look out at the navigation above. This site made simpler for you to navigate as the navigation is following you where you scroll it! Learn also about her philanthropy work and read the news on her latest whereabouts. You may also view all the videos and photos in Media Section and even more you can JOIN other Sitizoners in Community section, have a chat on the forum and leave your message. You can even bring home some goodies for your screen by downloading beautiful wallpapers made for you here more and more soon! And finally we have provided the link for you to shop all her released! Ether it's on iTunes or other store, we'll find it and put it here for you. So enjoy the site Sitizoners, and thank you so much for dropping here by. P/S: The site is work in progress. Stay tuned for more updates! Tahun ini disebabkan kepadatan jadual kerjanya, penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza tidak berkesempatan untuk mengadakan sesi fotografi raya bersama Kosmo!. Namun, sebagai ganti buat tatapan peminatnya, Siti bermurah hati dan menitipkan aksi keluarga bahagianya yang dirakam bersama suami, Datuk Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) dan tiga daripada empat orang anak tirinya iaitu Muhammad Adib, Muhammad Asyraf dan Muhammad Aazief. Muhammad Anas Zawawi tidak menyertai sesi fotografi tersebut.
Jelas terpancar kebahagiaannya bersama suami serta kemesraan bersama anak-anak tirinya. Bercerita tentang lebaran, kali ini merupakan tahun kesembilan beliau meraikannya sebagai isteri kepada Datuk K. Meskipun anak-anak tirinya semakin meningkat dewasa, kata Siti, rutin yang dijalani adalah sama setiap tahun. “Setiap tahun rutin sambutan raya sama sahaja. Kami akan berkumpul di rumah saya di Kuala Lumpur terlebih dahulu kerana keluarga Datuk K semuanya ada di sini. Selepas solat raya dan bersalaman bersama keluarga, barulah masing-masing akan pulang ke kampung halaman. “Seperti saya dan Datuk K, kami pulang ke kampung saya di Kuala Lipis, Pahang, manakala anak-anak tiri pula beraya dengan ibu mereka. Bagaimanapun, suasana tetap meriah dan kecoh seperti keluarga lain,” katanya. Disoal tentang persiapan rayanya, jelas Siti, keluarganya tidak mengamalkan konsep sedondon, sebaliknya, hanya mengikut cita rasa masing-masing. Kebiasaannya, beliau hanya mengikut warna baju raya Datuk K dan anak-anak pula diberi kebebasan untuk memilih warna dan fesyen yang dikehendaki. “Keluarga saya menyambut raya serba ringkas. Disebabkan anak-anak tiri semuanya sudah besar panjang, mereka sudah boleh buat keputusan sendiri seperti baju apa yang ingin dipakai dan ke mana mereka mahu menyambut raya. Mereka sekarang lebih berdikari. “Namun, detik wajib dan paling penting buat kami sekeluarga adalah bersalaman di pagi raya. Tidak lengkap rasanya raya tanpa adegan bersalaman dan bermaafan antara satu sama lain,” terang Siti jujur. Sungguhpun begitu, sambutan raya tahun ini agak syahdu buat keluarga sebelah Siti selepas neneknya, Teh Te’ek meninggal dunia pada 12 Mei lalu akibat sakit tua. Tutur Siti, insan yang paling terkesan dengan pemergian arwah neneknya sudah pasti ibunya, Siti Salmah Bachik yang menjaga wanita tersebut sehingga ke akhir hayatnya. “Memang diakui, sambutan raya kali ini agak berbeza buat keluarga sebelah Siti kerana arwah nenek telah tiada. Emak paling terkesan dengan pemergiannya kerana dia yang menjaga nenek sehingga ke akhir hayat. Jadi, kami semua pulang ke kampung untuk mengembirakan hati emak,” ujar Siti. NINA FARZUIN MD SHAROM, Foto oleh ROSLI TALIB MENYINGKAP semula perjalanan anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini bukanlah calang-calang malah, kejayaan yang dicapai dalam industri hiburan tanah air telah melayakkan dirinya layak digelar sebagai penyanyi nombor satu negara. Lebih membanggakan, penyanyi bersuara lunak ini telah memiliki kelasnya yang tersendiri menjadikan dia antara anak seni yang turut tergolong dalam artis eksklusif. Tidak ada apa lagi yang diharapkan oleh seorang anak seni selain melihat titik peluh yang diusahakan selama ini terus relevan dan dihargai biarpun peredaran zaman tidak pernah berhenti. Genap dua dekad berjuang sebagai anak seni tidak menjadi kayu pengukur buat Datuk Siti Nurhaliza Tarudin berhenti mengejar impian dan kejayaan lain. Malah, kejayaan demi kejayaan yang diraih sejak dari awal kemunculan sehingga hari ini melengkapkan lagi portfolio karier seninya. Namun, tanpa sokongan pihak yang berada di sekelilingnya, Siti akui tidak mampu berdiri teguh pada tahap kehidupannya kini. “Alhamdulillah, saya bersyukur kerana sepanjang penglibatan awal saya dalam bidang nyanyian dan sehinggalah memiliki perniagaan sendiri saya sering dibantu dan disokong oleh pihak yang berada di sekeliling saya. “Saya tidak rasa akan berada di tahap ini sekiranya saya lakukannya berseorangan. “Semua yang berada di sekeliling saya termasuk keluarga, teman dan juga media banyak sokong saya daripada bawah menjadikan mereka begitu berharga buat saya,” luahnya. Baginya, peluang dan ruang yang sama seharusnya diberikan kepada teman seperjuangan yang lain sebagai usaha memartabatkan industri hiburan tanah air. “Saya akui keadaan industri kini tidak berada dalam keadaan yang baik, tapi sebenarnya masih ada ruang untuk memperbaiki segala-galanya. “Namun, pada masa sama, semua bergantung kepada sokongan pihak terlibat seperti kerajaan, badan korporat dan syarikat rakaman kerana perjalanan seseorang artis itu lebih sukar tanpa sokongan mereka. “Jika kita lihat sekarang ramai artis dari luar diberi ruang jadi kenapa ia tidak dilakukan perkara yang sama kepada artis tempatan,” soalnya yang turut pernah mengalami pengalaman tersebut. Biarpun kejayaan demi kejayaan dimiliki, namun bagi Siti itu bukan alasan buat dirinya terlalu selesa dengan kedudukannya kini. Sebagai seorang yang komited dalam setiap pekerjaan yang dilakukan, penyanyi berusia 36 tahun ini terus bekerja keras mengejar hasrat yang belum tercapai. “Kalau nak diikutkan, saya sendiri tidak tahu apa lagi yang mahu saya kejar atau impikan memandangkan saya seorang yang gemar mengikut arus. “Jika saya terus diberikan ruang dan peluang, sudah pasti saya akan lakukan yang terbaik demi kerjaya dan sokongan peminat,” jelasnya. Lengkapi portfolio April lalu, mempunyai signifikan yang tersendiri kepada Siti kerana setiap kali bulan ini menjelma, dia akan meraikan ulang tahun pembabitannya dalam bidang seni. Ketika itu jugalah Siti tampil berbeza menggegarkan pentas Panggung Sari, Istana Budaya bagi menghiburkan peminat menerusi konsert akustik istimewa yang dinamakan Datuk Siti Nurhaliza Unplugged 2015 pada 7 April lalu. Menganggap persembahan itu sebagai momen berharga buat dirinya, Siti mengambil peluang merakamkan persembahan yang berlangsung itu untuk ditampilkan dalam bentuk album. Sempena keberkatan Ramadan, Siti telah melancarkan album Unplugged baru-baru ini yang memuatkan 18 trek termasuk tiga lagu baharu iaitu Menatap Dalam Mimpi, Engkau dan Mikraj Cinta. “Walaupun konsert ini dirancang dalam masa yang singkat, saya berpuas hati kerana ia berjalan dengan baik dan paling manis apabila mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada peminat. “Konsert ini memang istimewa buat saya di mana saya mendendangkan lagu-lagu terbaik sejak awal kemunculan dalam industri sehingga sekarang dan sebab itu saya membuat keputusan merakamkannya. “Malah, penjualan album ini juga memberi peluang kepada peminat yang tidak berpeluang menyaksikan konsert saya tempoh hari kerana ia juga dirakamkan dalam bentuk DVD, VCD CD dan paling istimewa dalam bentuk piring hitam,” ujarnya. Selain melancarkan Unplugged, Siti turut memperkenalkan muzik video lagu terbaharu Mikhraj Cinta ciptaan penyanyi nasyid dan komposer Hafiz Hamidun. “Saya berterima kasih kepada pihak Universal Music kerana memberi peluang dan keistimewaan untuk merealisasikan idea saya menghasilkan muzik video ini. “Penggambaran dijalankan di Menara Kuala Lumpur. Saya sukakan suasana tempat yang tinggi tambahan pula lagu ini menceritakan tentang peristiwa Israk Mikraj,” kongsinya. Teater muzikal Enggan berhenti dari melakar sejarah perjalanan kariernya, Siti memaklumkan dia sekali lagi bakal menggegarkan pentas Istana Budaya menerusi pementasan konsert Teater Muzikal Siti Nurhaliza pada November ini. Menurutnya, pementasan itu secara keseluruhannya bakal mendedahkan mengenai perjalanan hidupnya sepanjang bergelar anak seni. “Setakat ini semuanya dalam perbincangan, harap ia akan berjalan seperti yang dirancang. Apa yang boleh saya katakan, persembahan yang bakal berlangsung selama lapan hari ini akan membuatkan peminat lebih mengenali saya bukan sekadar sebagai seorang penyanyi semata-mata,” jelasnya. Selain dirinya sendiri terlibat dalam persembahan tersebut, dia kini dalam pencarian pelakon bersesuaian untuk membawa watak Siti Nurhaliza ketika zaman kanak-kanak dan remajanya. “Saya sedang mencari seorang pelakon yang boleh membawa watak saya dan pelakon itu haruslah pandai menari dan menjadi bonus buat saya kalau pelakon itu boleh menyanyi. Saya sendiri hanya akan lakonkan watak selepas berhijab. Inilah persembahan pertama saya, jadi memang saya teruja,” katanya. Raya lebih meriah Mengambil keberkatan Ramadan yang mulia, Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa berniat mengerjakan umrah untuk ke sekian kalinya. “Kali ini, saya hanya pergi berdua dengan suami dan kami akan berada di Tanah Suci dalam tempoh seminggu. “Mulanya, saya tak bercadang nak memberitahu kepada sesiapa mengenai hal ini, tapi tak sangka pula perkara ini tersebar luas,” katanya. Bercerita mengenai Lebaran, pelantun lagu Jaga Dia Untukku ini menyifatkan Syawal sebagai bulan kemenangan kepada semua umat Islam. “Selama sebulan ‘berperang’ dengan diri sendiri, menguji tahap kesabaran sekali gus mempertingkatkan ketakwaan kepada ALLAH SWT, inilah masanya kita sambutnya sebagai satu kemenangan,” katanya. Bakal beraya di Kuala Lumpur, sambutan Aidilfitri sangat bermakna lantaran keluarganya kini yang bertambah besar berikutan kehadiran cucu keduanya hasil perkongsian anak sulung Datuk K, Anas Zawawi bersama Nasha Alyssa. “Raya tahun ini lebih bermakna buat kami sekeluarga tambahan pula dengan kehadiran orang baru dalam keluarga. Sambutan Aidilfitri tahun ini lebih kepada hubungan kekeluargaan. “Lihat saja sekarang pelbagai kejadian yang tak diingini berlaku menjadikan kami lebih menghargai orang di sekeliling kita,” katanya sebelum mengakhiri perbualan. Artikel asal: http://www.sinarharian.com.my/mobile/hiburan/siti-nurhaliza-signifikan-dua-dekad-1.407715# The wait is over, you may purchase the latest release of Dato' Siti Nurhaliza Unplugged today! A live album taken from her recent Dato' Siti Nurhaliza Konsert Unplugged 2015. Wait for it's vinyls too coming after Aidilfitri celebration! Sitizoners, go and grab yours now!
Buat semua peminat Dato Siti Nurhaliza, Album Unplugged dalam bentuk CD, VCD dan DVD akan mula berada di pasaran pada 30 Jun 2015. Piring hitam pula akan berada di pasaran secara ekslusif bermula selepas sambutan Hari Raya.
Pihak Universal Music akan memaklumkan senarai penuh lokasi kedai yang menjual album Unplugged pada awal Julai 2015. Jangan lupa sertai peraduan album ini untuk berpeluang memenangi beg ekslusif Unplugged. Terhad untuk 500 pemenang bertuah. Borang peraduan dimuatkan dalam setiap album CD, VCD dan DVD Unplugged. SIMPLYSITI DI HATI IS BACK! “It is always better to give than to receive” SimplySiti CSR Campaign “Di Hati 2015” return to fulfill the wish of children from IJN to live a healthy and positive life. Working exclusively with our retail partner Watsons, 5% from RM100 purchase of SimplySiti products will be channeled to the beneficiary, IJN Foundation’s Patient Assistance Program for 3 chosen children; Siti Nur Ain Binti Mohd Sukri, Tan Kai En and Somroot A/L Ijom. Connexion@Nexus is once again our gracious venue sponsor for the Press Conference on 3rd June, 2015. Let’s us all come together with our gracious heart and with one singular mission to realize the dreams of 3 very lovely children for a better, healthier life. SimplySiti. It’s all about you. Sitizoners, Dato' Siti Nurhaliza brand new album Unplugged from the recent Dato' Siti Nurhaliza Live Unplugged will be available upcoming Jun 30, 2015. This time it's available in CD (includes 3 bonus track: Mikraj Cinta - the new single too, Engkau & Menatap Dalam Mimpi), VCD, DVD and event Vinyl! So exciting! So, Sitizoners start counting and get it on shelf soon!
|